`````````````````````````````````.EJAM...0137585738

update projek fasa pertama









selepas balik drpd seminar kat tangkak
cantas pokok lada besar.cam sayang je nk
cantas.tp apa nak buat,buah pun da kecil.


sistem paiping da di tukar atas nasihat jabatan pertanian dan laluan
agak luas sedikit.

perkembangan projek fasa kedua


sempat posing walaupun dah penat






pokok cili hidup subur
alhamdulilah syukur.




CILI KULAI S469

cili kulai s469 di kg sri macap telah di tuai.







saiz buah yang agak besar dan panjang.














gotong royong gredding buah
pandangan dari jauh
rajin mamat ni menyapu


cili padi semerah vareati baru






alhamdulilah juga ada beberapa orang yang berminat ingin membuat projek fertigasi dan membeli pakej saya.






PROJEK FASA KEDUA

Alhamdulilah syukur kepada ALLAH setelah projek fasa pertama telah mengeluarkan hasil dan menyumbang kepada pulangan modal peringkat awal,dapatlah saya memperkembangkan lagi projek fertigasi ini.berdasarkan kepada permintaan pelanggan yang semangkin bertambah terhadap cili api,maka projek fasa kedua ini semuanya sebanyak 1300 pokok cili api ditanam.

PENGALAMAN DAN PENGAJARAN DARIPADA PROJEK FASA PERTAMA

Alhamdulilah syukur kehadrat ilahi atas kurnianya projek fasa pertama telah mengeluarkan hasil yang banyak.akan tetapi projek fasa pertama ini banyak kelemahanya iaitu antaranya kesilapan membuat sistem paiping.oleh kerana tapak projek yang agak cerun,sistem paiping sepatutnya membuat lavel paip yang mana dapat mengekalkan air dalam paip 16mm apabila pam mati.kesilapan ini menyebabkan pemberian nuterien tidak sekata dan bahagian yang atas kurang mendapat air manakala bahagian bawah mendapat air berlebihan.kesilapan yang lain pula adalah penanaman terlalu rapat menyebabkan pertumbuhan pokok jadi sempit.ini menyukarkan untuk melakukan kerja-kerja meracun.kesilapan lain pula adalah penanaman cili besar dan cili api sepatutnya tidak boleh di campur.kerana dari pemerhatian saya cili api adalah tahan penyakit dan kurang serangga perosak,manakala cili besar pula banyak penyakit dan serangga perosak suka pada pokok cili besar.jadi sebarang penyakit dan serangga pada cili api menyerang cili besar.faktor lain pula ialah pendebungaan.serangga yang mendebungakan cili api telah mendebungakan cili besar.jadi buah cili besar menjadi kecil dan rosak.satu lagi pemberian baja adalah berlainan.cili besar memerlukan kepekatan baja yang lebih disebabkan pokok cili besar adalah besar dan juga buahnya.manakala cili api pula tidak memerlukan baja yang banyak.jadi oleh kerana sistem paiping adalah satu,pokok cili api mendapat baja yang berlebihan menyebabkan pertumbuhan terencat.