`````````````````````````````````.EJAM...0137585738

ANTARA KEGAGALAN DAN KEJAYAAN

Assalamualaikum dan salam ramadhan.selamat berpuasa kepada semua pengusaha2 fertigasi.semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita.fertigasi fertigasi fertigasi.perkataan yang sering malah hari hari kita dengar dan malah kita telah merealisasikan dan merealitikan perkataan ini.tetapi sejauh manakah keberkesanan sistem ini.dewasa ini sistem fertigasi bagaikan tsunami melanda negara kita sekarang semenjak kegawatan ekonomi akhir akhir ini.syabas kepada pihak yang telah membawa teknologi ini ke dalam negara kita dan syabas juga kepada pengusaha pengusaha fertigasi yang telah melaksanakan teknologi ini.akan tetapi berapa ramaikah diantara kita yang betul betul berjaya.dan setahu saya ramai yang kecundang.dimanakah silapnya?sememangnya bukan mudah untuk berjaya,memang tidak dinafikan,akan tetapi apakah faktor utama yang menyebabkan kegagalan?apakah sebab diri kita?sebab orang lain?sebab cuaca?sebab ketentuan dari Ilahi?.Disini saya memberi beberapa pendapat untuk di kongsi bersama.


SEBAB DIRI KITA SENDIRI.
kita cuba tanya diri sendiri adakah kita cukup ilmu untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian?atau kita hanya mengikut ikut orang lain kerana memikirkan keuntungan sahaja tanpa memikirkan risiko yang kita akan hadapi.ada sesetengah orang hanya memikirkan keuntungan,suka membuat kira kira secara teori sahaja.dan apabila mempraktikkan dia menemui kegagalan dan kerugian.sebab dia hanya memikirkan untung yang akan dapat.tetapi tidak memikirkan risiko2 dan dugaan2 yang bakal di hadapi.sekiranya kita bukan seperti orang di atas,adakah kita seorang yang berdisiplin?disiplin yang dimaksudkan ialah adakah kita mengikut prosedur2 yang di gariskan dan contohnya jadual meracun dan sukatan kepekatan baja dan ph adakah kita mengikutinya?.antara lain adakah kita rajin bertanya dan menimba ilmu daripada orang lain yang barjaya?adakah kita banyak mencuba?adakah kita kuat semangat untuk melawan dugaan dan cabaran?marilah kita sama sama merenung dan mencari kelemahan diri disamping memperbaiki kelemahan tersebut.

SEBAB ORANG LAIN
sebab ini paling tidak digemari oleh kita.kerana sebab ini menyebabkan kita lemah semangat dan putus asa.apa yang saya katakan sebab orang lain antaranya adalah di momok momokkan yang kita buat kerja bodoh tanam pokok guna sabut.ini terjadi kepada saya.sukar untuk kita merubah pemikiran orang orang seperti ini.sebab lain pula ialah ramai pula ketika ini berlumba lumba menyediakan pakej pakej fertigasi dengan antaranya ada yang harganya tidak munasabah.tetapi yang peliknya ada diantara kita yang terpedaya.setelah mengeluarkan modal yang besar dan mempercayaai kata kata manis si penjual ini dengan jaminan yang macam2,tetapi setelah melaksanakanya kegagalan mula timbul.dan si penjual ini lepas tangan dengan memberi alasan yang macam2.si pembeli ini pula masih tidak cukup ilmu dan tiada tempat merujuk masalah nya.maka pakej itu menemui kegagalan dan kerugian.sebab lain lagi antaranya kedekut ilmu.ada diantara kita bertanya kepada orang yang sudah berjaya.akan tetapi jawapanya agak mengecewakan "jaga periuk nasi" katanya.sebab lain lagi adalah segelintir pihak yang mana kita ingin membuat pinjaman dan memohon peruntukkan yang di sediakan oleh kerajaan menganggap projek ini tidak popular dan tidak dapat berdaya saing maka permohonan di tolak.akan tetapi sebab yang paling UTAMA pada masyarakat kita ini sejak berkurun kurun lamanya adalah HASAD DENGKI.tak taulah mengapa sikap ini tidak pernah hilang mahupun luntur,ada saja di mana mana.tak boleh tengok bangsa sendiri maju sikit.tak taulah nak cakap apa.walau apapun yang terjadi kepada kita,kita kena teruskan dan kuatkan semangat agar kita menemui kejayaan setelah menempuhi cabaran.


SEBAB CUACA DAN KETENTUAN ILAHI
cuaca pada akhir akhir ini agak membimbangkan.sekejap panas terik,sekejap hujan lebat.apa nak buat kita yang kekurangan modal malah tidak mampu membuat rumah lindungan hujan terpaksa menerima seadanya.akan tetapi bagi yang kreatif dan bijak berfikir dapat mengatasi masalah ini.
setelah kita berusaha dengan gigih dan berdoa pada akhirnya,kita menemui kegagalan juga,jangan berputus asa kerana ada hikmah di sebaliknya.mungkin kita di takdirkan bukan bidang pertanian bidang dan rezeki kita.bagi yang berjaya tahniah diucapkan dan di harap sama samalah berkongsi ilmu dan ingatlah ilmu itu datangnya dari yang maha Esa.sama samalah kita majukan bangsa kita.walau apapun 9/10 rezeki dan kekayaan itu datangnya daripada perniagaan.fikir fikirkanlah. wasalam...

PROJEK FASA KETIGA 2000 POINT


setelah berhempas pulas menyiapkan projek fasa pertama dan kedua.kini kami mengorak langkah lagi melaksanakan projek fasa ketiga.oleh kerana permintaan terhadap cili semangkin meningkat maka penambahan terpaksa di buat.kepada pengusaha cili ayuhlah kita kembangkan lagi projek kita kerana malaysia kini sensasarkan untuk mengeksport cili.dan kita sebagai petani haruslah berusaha mempertingkatkan pengeluaran cili kita.












sayup jugak nie...

CILI PADI TAIWAN TELAH MENGELUARKAN HASIL


cili api projek fasa kedua telah mengeluarkan hasil.syukur alhamdulilah.walaupun pokok agak tidak cantik kerana beberapa faktor iaitu akibat kesilapan sendiri kerana sewaktu mencantas
pokok cili besar projek fasa pertama,tidak mengikut SOP.akibatnya serangan serangga berlaku.kesilapan kedua ialah tidak membuang tunas air.ini mengakibatkan pokok rendang dan tidak dapat mengeluarkan hasil seperti yang di inginkan.disamping itu juga menyukarkan memetik hasil kerana
pokok rendah.kesilapan ketiga pula ialah faktor element baja yang tidak menepati standard yang sesuai..walau apapun hasil pengeluaran agak memuaskan walaupun tidak mencapai target yang di kehendaki.






sebelum petik sempat posing dulu.


























hasil cili yang siap di packing. RM 2.00
siapa nak beli!!!! hehe.