tanaman musim kedua agak kurang memberangsangkan kerana PH air kolam turun mendadak sehingga 3.0 selepas musim kemarau tempoh hari.tetapi syukur alhamdulilah juga kerana walau apa pun pokok tetap berbuah lebat.
Dari sekecil kecil benih Allah hidupkan pohon dengan air menjadi sebesar besar dan sebanyak banyak buah.begitulah jua penciptaan manusia dari sehina hina setitis air hingga menjadi manusia.tidakkah kita bersyukur dengan nikmatnya dan bertakwa denganNya.tidakkah kita terfikir akan kebesaran Allah yang mencipta alam ini untuk di manfaatkan oleh hambanya.